31/07/2022
NORTHERN RRC LANGKAWI CSR RIDE 2022
25 Julai 2022 - Buat pertama kalinya Rakan Representative Commitee (RRC) Northern Cities iaitu RRC Sungai Petani, Alor Setar, Kangar dan Langkawi bergabung untuk menganjurkan Program Kembara motosikal ke Pulau Langkawi. Atucara sepanjang tiga hari dua malam itu disertai oleh rakan penghantar grabfood dan juga pemandu grabcar dari setiap zon terlibat
Seramai lebih 50 Rakan Grab dari Sungai Petani, Alor Setar, Kangar dan Langkawi berkumpul untuk menjayakan program konvoi yang julung kalinya di adakan dalam aktiviti RRC Grab
Kembara motosikal bermula dari Sungai Petani ke Alor Setar dan seterusnya menuju ke Kuala Perlis untuk berkumpul sebelum menaiki Feri Roro menuju Ke Pulau Langkawi. Atucara sepanjang tiga hari itu turut di selitkan dengan program khidmat masyarakat (CSR) dari setiap zon RRC bermula dari Sungai Petani sehingga ke Pulau Langkawi
Program konvoi motosikal selama tiga hari dua malam di Langkawi di sambut meriah warga Langkawi dengan atucara makan malam bersama Ahli Parlimen Langkawi iaitu Tun Dr Mahathir di bandar Kuah, Langkawi
Para peserta di kejutkan dengan kehadiran Tun Dr Mahathir pada sesi makan malam di bandar itu. Tun Dr Mahathir bebesar hati menyambut kehadiran para peserta konvoi ke pulau lagenda itu dengan menaja makan malam pada malam itu
Program diteruskan ke esokan harinya dengan riadah motosikal mengelilingi pulau lagenda itu dan program CSR membersihkan jalan sepanjang jalan Gunung Raya. Seterusnya aktiviti riadah dan makan tengah hari di Pantai Pasir Tengkorak. Pada sebelah petang para peserta meluangkan masa di Pantai Cenang
Konvoi bertolak balik dengan menaiki roro ke Kuala Perlis pada keesokan harinya. Semua peserta berasa sangat gembira sepanjang program berlangsung. Di harap program ini dapat mewujudkan silaturahim dan ukhwah sesama rakan grab di dalam zon utara
Setinggi tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua RRC terlibat kerana keterlibatan menjayakan program ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua Rakan-Rakan Grab NC yang menyertai program ini dan memberikan kerjasama penuh sepanjang program berlangsung
Semoga kita bersua lagi di atucara RRC yang akan datang!
Sekian
RRC Northern Cities