Van Sewa Pandu

Van Sewa Pandu Perkhidmatan Van Sewa Pandu
✓ Van 11 seats
✓ Van 14 seats

Jack Ma pernah berkata,"Apabila menjual kepada rakan rapat dan keluarga, tidak kira berapa banyak yang anda jual kepada ...
25/10/2024

Jack Ma pernah berkata,
"Apabila menjual kepada rakan rapat dan keluarga, tidak kira berapa banyak yang anda jual kepada mereka, mereka akan sentiasa merasa bahawa anda sedang mengaut keuntungan daripada mereka, walaupun anda menjual dengan harga yang murah, mereka masih tidak akan menghargainya."
Akan sentiasa ada orang yang tidak peduli tentang Kos, Masa, Usaha anda, mereka lebih rela ditipu oleh orang lain, membiarkan orang lain mendapat keuntungan, daripada menyokong seseorang yang mereka kenal. Kerana dalam hati mereka, mereka akan sentiasa berfikir, "Berapa banyak dia dapat daripada aku?" berbanding "Berapa banyak dia JIMATKAN/BUATKAN untuk aku?"
Ini adalah contoh klasik mentaliti orang miskin!
Bagaimana orang kaya menjadi kaya? Salah satu sebab utamanya adalah kerana mereka sanggup menyokong perniagaan rakan mereka, menjaga kepentingan sesama sendiri, maka secara semula jadi mereka mendapat lebih banyak.
Rakan anda p**a akan menyokong anda, dan begitulah bulatan kekayaan terus berkembang dan bertambah!
Logik mudah, anda akan mula menjadi kaya apabila anda memahaminya.
Jack Ma tentang Jualan: "Apabila menjalankan Jualan, orang pertama yang akan mempercayai anda adalah Orang Asing, Rakan akan bersikap berjaga-jaga terhadap anda, rakan sementara akan menjauhkan diri. Keluarga akan memandang rendah terhadap anda."
Hari anda akhirnya berjaya, membayar bil untuk setiap makan malam, hiburan, anda akan sedar: Semua orang ada kecuali Orang Asing.


Untuk disewa  wasap.my/60194403630/panel
10/10/2024

Untuk disewa
wasap.my/60194403630/panel


KAPAL TERBANG AIR ASIAPenerbangan Johor Bahru - Vietnam pagi tadi telah ditunda, kerana seorang lelaki bernama Johan car...
21/09/2024

KAPAL TERBANG AIR ASIA

Penerbangan Johor Bahru - Vietnam pagi tadi telah ditunda, kerana seorang lelaki bernama Johan cari pasal (Johan baru pertama kali naik kapalterbang) dengan tiket ekonomi, tetapi naik dan duduk di kelas perniagaan.

Budin (pemilik kerusi perniagaan): “Maaf Encik... Ini kerusi saya.”

Johan: ”Awak siapa?”

Budin: ”Saya penumpang yang duduk di sini, ni tiket business class saya..!”

Johan: ”Penumpang..? Saya juga penumpang, sama-sama bayar..! sama-sama penumpang, tak payah nak menunjuk pandai.”

Budin geleng kepala dan buat aduan ke pramugari.

Pramugari: “Maaf Encik.. encik sepatutnya duduk di belakang klas ekonomi.”

Jojan: “Awak p**ak siapa?”

Pramugari: “Saya pramugari.”

Johan: “Pramugari itu apa?”

Pramugari: “Pramugari itu yang melayani penumpang.”

Johan: “Oh, pelayan? Ingatkan siapa, sudahlah tak payah nak urus orang lain, basuh pinggan dan hidang makanan sahaja. Sekarang ni, saya selesa duduk di sini saja. Kamu nak apa?!”

Pramugari kehabisan akal, dia memanggil juruterbang.

Juruterbang: “Maaf encik, sepatutnya tempat duduk encik di belakang..!!”

Johan: “Awak p**ak siapa?”

Juruterbang: “Saya Pilot encik.”

Johan: “Pilot itu apa?”

Juruterbang: “Pilot itu yang mengemudikan pesawat ini.”

Johan: “Oh pemandu...? Ingatkan siapa, pakai uniform macam security guard, pakai topi, rupanya pemandu. Saya tak peduli, sekarang ni saya tak mahu pindah. Sekarang kamu nak apa?”

Tiba-tiba seorang penumpang lain muncul bernama Genin, orang asli Dusun yang baru masuk ke perut pesawat, mendengar perbalahan tersebut, lalu bertanya kepada juruterbang kenapa??.

Kemudian dia mengangguk-angguk dan mendekati Johan sambil membisikkan sesuatu di telinganya. Johan melopong mulut tiba-tiba bangun dari kerusinya, sambil mengomel:

“Pekerja kapalterbang ni semua gila, pramugari tak ada otak tak membantu pun, nasib baik ada Encik Genin ini yang beritahu saya. Kalau tak, saya tak sampai ke Vietnam.”

Setelah Johan berpindah ke belakang. Juruterbang merasa kagum, dia bertanya kepada Encik Genin: “Apa yang awak bisikkan tadi? Tiba-tiba dia jadi p**a pindah kerusi?”

Encik Genin menjawab: “Saya tanya, dia nak ke mana? Dia jawab nak ke Vietnam. Saya katalah, Encik salah duduk... kalau nak ke Vietnam duduknya kena di BELAKANG... yang di DEPAN itu tujuannya ke Kuala Lumpur” 😁😁😁

~ MAK JEMAH ~

C&P

🇲🇾🇹🇭🇸🇬 VIP 17seaterwasap.my/60194403630/booking
19/09/2024

🇲🇾🇹🇭🇸🇬 VIP 17seater
wasap.my/60194403630/booking

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍBapa Nabi Muhammad SAW, Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal duni...
16/09/2024

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bapa Nabi Muhammad SAW, Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal dunia ketika Baginda SAW dalam kandungan ibunya Aminah binti Wahb.

Selamat menyambut Maulidur Rasul

"Saya meninggalkan tanah air Bangladesh 31 tahun lalu ketika anak kelima saya baru berusia 6 bulan. Saya tidak p**ang se...
13/09/2024

"Saya meninggalkan tanah air Bangladesh 31 tahun lalu ketika anak kelima saya baru berusia 6 bulan. Saya tidak p**ang sejak itu. Saya merindui keluarga saya dan mereka juga merindui saya.

Tetapi ini untuk mereka. Semua ini untuk masa depan mereka. Saya datang ke Malaysia kerana saya dengar terdapat banyak pekerjaan di sini. Walaupun ia hanya melakukan kerja yang tiada orang lain mahu lakukan, saya akan melakukannya.

Saya telah melakukannya 7 hari seminggu, 365 hari setahun selama 27 tahun yang lalu.

Saya tidak pernah mengambil satu hari cuti sakit mahupun hari cuti. Dan saya masih kuat, insha'Allah. Keperluan saya di sini mudah sahaja. Saya menghantar sebahagian besar pendapatan saya kembali kepada keluarga saya.

Saya bangun, saya mandi, saya sarapan, saya pergi kerja, saya balik, saya bercakap dengan keluarga saya di rumah melalui telefon, saya berehat dan ia adalah perkara yang sama pada keesokan harinya, dan keesokan harinya. Saya juga telah mendapat beberapa kawan baik di sini.

Salah seorang daripada anak perempuan saya kini seorang hakim, seorang lagi doktor dan seorang jurutera. Saya bersyukur dengan apa yang telah mereka capai.

Disember ini saya akan p**ang ke rumah untuk selama-lamanya dan akhirnya berjumpa keluarga saya semula. Ini akan menjadi kali pertama saya akan melihat dua cucu saya juga. Saya tidak sabar."

HUMANS OF KUALA LUMPUR -
Abu Bakar ialah seorang tukang cuci berusia 70 tahun yang bekerja di Klang Parade. Dia adalah yang tertua di kalangan kump**annya.

Gambar diambil di Klang Parade ketika kru meraikan pencapaian mereka untuk memenangi anugerah Tandas Awam Terbersih (Mall) Klang oleh Majlis Perbandaran Klang.

Gambar - Ariel Chew
Disunting - Mushamir Mustafa
Sumber - C&P

Minggu ni dekat² jawasap.my/60194403630/sewavan
07/09/2024

Minggu ni dekat² ja
wasap.my/60194403630/sewavan

Ada ni...santai²Bawak tetamu dari 🇸🇬wasap.my/60194403630/vipvansewa
03/09/2024

Ada ni...santai²
Bawak tetamu dari 🇸🇬
wasap.my/60194403630/vipvansewa

Lama x up.... Ada ni... Main bukit sejuk ja 2d1n....wasap.my/60194403630/vansewa
28/08/2024

Lama x up.... Ada ni... Main bukit sejuk ja 2d1n....
wasap.my/60194403630/vansewa

John Wick Turki! Memang melawan norma kebiasaan dalam pertandingan Olimpik. Cermin mata biasa, earplug biasa, baju santa...
02/08/2024

John Wick Turki! Memang melawan norma kebiasaan dalam pertandingan Olimpik. Cermin mata biasa, earplug biasa, baju santai, dua-dua mata terbuka sambil tangan masuk dalam poket. Sedar-sedar dapat silver medal dalam Olimpik.

Tengok gambar sebelah menyebelah dengan pesaing Serbia dengan aksesori lengkap yang menjadi kebiasaan peserta pistol udara. Memang lain macam!

Sampaikan ada komen netizen kata, dia ni kerja utama sebagai assassin dan kerja sampingan dia adalah masuk pertandingan olimpik .

Nama dia ni Yusuf Dikec (sebutan dia: Diketch). Umur dia sekarang 51 tahun dan ini adalah kali kelima dia masuk Olimpik. Maknanya dia mula-mula masuk tahun 2008. Lagi best, inilah pingat pertama untuk negara Turki dalam Olimpik kali ini!

Tapi jangan salah sangka, sebab kerjaya dia sebagai penembak ni dah mula daripada tahun 2001 iaitu ketika dia berumur sekitar 27/28 tahun. Setakat bacaan di Wikipedia, ini adalah pingat dia yang ke-27.

Macam mana dia boleh terjebak? Sebab dia masuk sekolah tentera dan dia ada kemahiran menembak. Alang-alang tu, masuklah pertandingan dan memulakan perjalanan kerjaya sebagai seorang profesional.

Apa saya boleh belajar?

1. Aksesori boleh membantu kemenangan, tapi akhirnya, kemahiran individu itu sendiri lebih mustahak
2. Kemahiran begini bukan cerita setahun dua, tetapi cerita bertahun-tahun dan berjam-jam punya usaha
3. Pilihlah apa yang kita selesa dan yakin buat, dan usah fikir apa orang lain cakap jika kita yakin pilihan kita betul dengan landasan ilmu
4. Latar belakang seseorang membantu dalam membentuk perjalanan hidup seseorang.

Oklah, cukuplah tu pasal member ni. Apa-apa hal pun, kita bukan beli degree, tapi kita bayar upah guru dan orang-orang yang melatih kita sampai jadi expert.

Oh ya, kalau ada korang nak sembang bab sewa van, trip van, jomlah kita sit down. Mana tahu ada kerjasama boleh dibuat.

Credit : copy paste

walaupon perkara ini nampak menjengkelkan.tp satu kaedah utk menjimatkan perniaga.walaupon hanya plastik yg bersaiz keci...
23/06/2024

walaupon perkara ini nampak menjengkelkan.tp satu kaedah utk menjimatkan perniaga.walaupon hanya plastik yg bersaiz kecil itu sja.tp memberi kesan pada penjual..sy nk mencerita satu syarikat pernerbangan terbesar,menjimatkan sejumlah besar jutaan ringgit..dgn cara hanya buang sayur kobis dan karet dlm menu,hidanggan setiap makanan yg di beri pada penumpang.benda sekecil ini org ramai xperasan..tetapi memberi faedah p**angan yg meguntungkan.kalau dikali perbulan kali persetahun..boleh dikata waooo wao.kaya kaya😆😆.begitu juga satu gambaran yg sy cuba sampaikan...jgn kecam ,ini hanya satu kaedah utk berjimat dlm perniagaan.Selamat mencooobaaa

Van sewa utk majlis bertunang atau akad nikah dithailand...wasap.my/60194403630/sewavan
21/04/2024

Van sewa utk majlis bertunang atau akad nikah dithailand...
wasap.my/60194403630/sewavan

Address

1530, Jalan Haji Ahmad Badawi, , Kepala Batas, , Pulau Pinang, , Malaysia, , Https://goo. Gl/maps/x3dHbajCysiwpoke 9
Kepala Batas
13200

Telephone

+60194403630

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Van Sewa Pandu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Van Sewa Pandu:

Share