12/03/2026
PROTON MEMPERKENALKAN 2026 PROTON X90 – SUV D-SEGMEN 7 TEMPAT DUDUK, DENGAN SISTEM PACUAN BAHARU.
Model 2026 kini hadir dengan enjin i-GT 1.5L turbo bersama transmisi 7-kelajuan DCT, menghasilkan 181 PS dan 290 Nm tork untuk pemanduan yang lancar dan responsif.
Sebagai SUV 7 tempat duduk sebenar, X90 menawarkan susunan tiga baris yang luas - sesuai untuk keperluan seisi keluarga Malaysia.
2026 PROTON X90 ditawarkan dalam tiga varian – Lite, Prime dan Prime X, dengan harga bermula dari RM99,800* (atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia) selepas rebat.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.