14/12/2018
TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI
( WAJIB SINGGAH DAN BEST)
Mencari tempat menarik di Langkawi ??
Pulau dan pantainya yang memukau menjadikan Langkawi lokasi percutian terkenal bukan sahaja di dalam negara, malah kepada pelancong asing. Aktiviti menaiki bot dari satu p**au ke p**au yang lain seringkali menjadi kewajipan pengunjung.
Tapi, bukan itu sahaja sebenarnya tarikan di Langkawi.
Berikut adalah lokasi unik pilihan penulis untuk dilawati pengunjung. Termasuklah tempat makan best di langkawi, pantai di Langkawi yang boleh anda kunjung. Semoga anda menyukai tempat menarik di Langkawi yang dicadangkan ini.
1. DATARAN LANG (LANGKAWI EAGLE SQUARE)
Arca helang gergasi berwarna coklat kemerahan ini mempunyai ketinggian 12 meter. Ia menjadi mercu tanda bagi Pulau Langkawi. Ini kerana nama Langkawi merupakan gabungan Helang (Lang) dan Kawi (coklat kemerahan).
Lokasinya berhampiran dengan Jeti Kuah. Malah, anda perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sini dari Jeti Kuah. Pelancong ‘mengesahkan’ kenangan mereka di Langkawi dengan merakamkan gambar mereka di sini.
Tambahan p**a, laut terbentang luas dengan gunung-ganang menjadikan dataran ini tampak sangat indah.
Alamat: Kuah, 07000 Langkawi
2. PANORAMA LANGKAWI SKYCAB @ LANGKAWI CABLE CAR
Dari ketinggian 708m di atas paras laut, anda sekeluarga akan menyaksikan panorama indah hutan, gunung dan p**au sekitarnya.
Di samping itu, terdapat juga aktiviti lain termasuk SkyRex, SkyDome, SkyBridge, SkyTrail dan SkyGlide. Jadi, anda bukan sahaja melakukan satu aktiviti di sini tetapi lebih 6 aktiviti dalam satu tempat!
Harga Tiket: RM30-RM55 seorang (Normal) dan RM90-RM105 seorang (Express Lane) Pakej-pakej lain juga disediakan.
Alamat: Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin-Khamis), 930am-7pm (Jumaat-Ahad)
3. SKYTREX ADVENTURE LANGKAWI
Jika anda pernah ke Skytrex Shah Alam, ini adalah cawangan mereka di Langkawi. Skytrex Langkawi terletak di Burau Bay. Mereka yang sukakan cabaran boleh menguji kecekapan diri mereka di sini.
Malah, kanak-kanak bermula usia 12 tahun juga dibenarkan untuk menyertai aktiviti di sini. Walaupun begitu, mereka yang berusia 17 tahun dan ke bawah memerlukan kehadiran ibu bapa.
Dengan aktiviti mencapai 30 meter dari tanah, di celah-celah hutan, kekuatan fizikal dan mental anda diuji semasa anda berdiri, berjalan, memanjat, dan bergayut. Pengunjung disyorkan untuk membuat tempahan awal kerana ia sering dikunjungi ramai.
Alamat: Barat Laut Langkawi, berhampiran Burau Bay
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 3pm)
Harga Tiket: RM53 (Little Legend Adventure), RM64 (Eagle Thrill), RM75 (Island Extreme) *Harga istimewa kepada yang membuat tempahan dalam talian.
4. LANGKAWI SKY BRIDGE
Selepas menaiki Sky Cable, anda akan berada di Sky Bridge yang panjangnya 410 kaki. Jambatan ini dibina melengkung di atas Gunung Mat Cincang. Jadi, anda berada pada ketinggian kira-kira 2300 kaki dari aras laut.
Siapa yang takut dengan tempat tinggi, mungkin akan merasainya juga di sini. Tapi, usah khuatir. Kerana ia dibina cukup selamat dan dengan lebar 1.8 meter. Sepertimana anda dapat menyaksikan pemandangan indah dari Sky Cable, begitu juga keadaannya di sini.
Amat rugi jika anda tidak mengambil gambar atau merakamkan video anda di sini.
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, Teluk Burau, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 8pm)
5. SKYDIVE LANGKAWI
Anda sudah menyelam dan sudah mendaki di Langkawi. Kini, masanya untuk sesuatu yang lebih menakjubkan – terbang di udara! Jangan khuatir jika anda tiada pengalaman.
Ini kerana anda akan berada di bawah bimbingan pengajar bertauliah sepanjang anda berada di udara. Jadi, aktiviti ini sesuai untuk sesiapa sahaja dan ia sudah pun meniti di bibir para pelancong yang berada di Langkawi.
Anda akan diberikan taklimat dan latihan, melihat keindahan Pulau Langkawi selama 20 minit di udara sebelum melompat di udara selama 30 saat dengan kelajuan 120 batu sejam!
Alamat: No. 7 Office, Kampung Bukit Nau, Padang Matsirat
Harga: RM1350 – RM2000 (berbeza mengikut musim dan pakej)
6. MUZIUM 3D LANGKAWI (ART IN PARADISE LANGKAWI)
Bawa keluarga anda merasai permainan ilusi optik menerusi lukisan dan mural 3D. Pastikan ruang kamera anda cukup besar untuk merekodkan pengalaman di muzium 3D kedua terbesar dunia ini.
Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM20 (Kanak-kanak), RM38 (warga asing dewasa), RM28 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 9am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)
7. KOMPLEKS KRAF LANGKAWI
Ini tempat yang digemari pelancong kerana di dalamnya ada pelbagai produk kraf tempatan seperti ukiran kayu, batik, anyaman dan seramik.
Ada tiga bahagian di dalamnya yang mempunyai fungsi masing-masing. One Stop Center disediakan khas untuk usahawan kraf tempatan menjual produk kraf mereka.
Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan menunjukkan budaya dan adat kaum-kaum utama di Malaysia. Aktiviti Interaktif Kraf p**a khas buat pelancong yang mahu cuba mencanting batik, mendirikan keris dan menyumpit.
Alamat: Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 6pm)
Harga Tiket: RM10 (tempatan), RM15 (pelancong asing)
8. NUSANTARA GAMAT
Gamat bukan nama asing bagi rakyat tempatan. Biasanya ia dijadikan minyak mengubat luka dan kini mulai berkembang sebagai produk kecantikan dan kesihatan.
Sepasang suami isteri di Langkawi telah mengasaskan Nusantara Maju Enterprise yang memiliki kilang gamat terbesar di Langkawi.
Ramai pelancong datang ke sini untuk mengenali dan mempelajari bagaimana proses menghasilkan minyak gamat dilakukan selain membeli produk mereka. Terdapat bilik pameran disediakan dengan kemudahan termasuk tandas, surau dan kafe.
Alamat: Lot 3042, Kg Mata Ayer, Jalan Bayas, Mukim Ulu Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (830am – 530pm), Ahad (830am – 7pm)
Harga Tiket: PERCUMA
9.HIG (HAJI ISMAIL GROUP) LANGKAWI
Jika anda hendak ke Langkawi, pasti ada yang menempah coklat daripada anda. Ini kerana terdapat beberapa tempat yang menjual pelbagai jenis coklat dengan kadar harga yang lebih murah. Ini semua milik Haji Ismail Group. HIG mempunyai banyak syarikat termasuk perhotelan dan pelancongan. Tapi mereka amat dikenali kerana perniagaan borong yang menjadi permulaan kepada perniagaan mereka. HIG mempunyai 5 cawangan kedai yang menjual coklat, barangan dapur, bagasi batik, dan kain pelikat. Pengunjung amat teruja dengan pelbagai barangan bebas cukai ini yang terdapat di pasaraya mereka.
Alamat: Dua cawangan berada di Jalan Pandak Mayah, satu cawangan di Kompleks Jetty Point, dan satu lagi di Kompleks Cayman
10. TAMAN LAGENDA
Taman Lagenda mempunyai landskap yang sangat indah. Pohon-pohon hijau dan 4 buah tasik dan pantai buatan menjadikan ia lokasi perkelahan pilihan penduduk tempatan dan pelancong asing.
50 hektar laman dihias dengan tema kisah-kisah lagenda atau kisah rakyat di Langkawi. 17 monumen indah disesuaikan dengan kisah gergasi, raksasa yang jahat, burung mistik, dan puteri-puteri yang rupawan.
Antaranya adalah kisah terkenal Mahsuri dan dua gergasi iaitu Mat Chincang dan Raya. Setiap kisah ditulis pada batu untuk bacaan dan pengetahuan pengunjung.
Alamat: Bersebelahan Dataran Lang dan Jeti Kuah
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 7pm)