jomtiket.my

jomtiket.my Pengurusan Pelancongan, Sewaan Bas dan Van, Tiket Bas & ThemePark Serta F&B
(1)

Mutiara Luxe Perayaan Laluan KL-KBharuBERMULA 13-20 MAC 2026TBSTBGKUALA KRAIMACHANGKOK LANASKOTA BHARU TESCOPENGKALAN CH...
07/03/2026

Mutiara Luxe Perayaan Laluan KL-KBharu
BERMULA 13-20 MAC 2026

TBS
TBG
KUALA KRAI
MACHANG
KOK LANAS
KOTA BHARU TESCO
PENGKALAN CHEPA

HARGA DEWASA SAHAJA: RM185 SEORANG

BAS INI MERUPAKAN BAS MEWAH:
- 30 SEATER SAHAJA
-ADA DISEDIAKAN TANDAS DI DALAM BAS
- SEAT YANG LUAS DAN RECLINE
- MAKANAN
-LAYANAN COACH ATTENDANCE

Berbaloi dengan Kadar yang diberikan dan jangkaan kesesakan luar biasa

Untuk Pembelian sila berikan details- Transfer ke akaun Syarikat

JOMTIKET x Emutiar

🚍 Nak Tiket Bas Ekspres?📲 WHATSAPP SAHAJA (SILA JANGAN CALL)👉 wasap.my/60193818606/jomtiketMYposterAtau isi maklumat di ...
26/12/2025

🚍 Nak Tiket Bas Ekspres?

📲 WHATSAPP SAHAJA (SILA JANGAN CALL)
👉 wasap.my/60193818606/jomtiketMYposter

Atau isi maklumat di website:
🌐 https://jomtiket.my/services/tiketbas/

✅ Proses Mudah:
WhatsApp → Transfer → Terima Tiket Rasmi (PDF)
📝 Untuk semakan, Tuan/Puan sila isi maklumat berikut:
* Dari mana:
* Ke mana:
* Tarikh perjalanan:
* Kuantiti penumpang:
* Waktu pilihan: Pagi / Tengah Hari / Petang / Malam
(tertakluk kepada laluan & ketersediaan bas)

⚠️ PERHATIAN PENTING
💳 Pembayaran kepada QR SYARIKAT SAHAJA

📌 Sila salin (copy) mesej ini semasa berurusan bagi memudahkan semakan.

ASAL USUL JOMTIKET™ – 20 TAHUN BERSAMA ANDALebih 20 tahun lalu, perjalanan JOMTIKET™ bermula di bumi UTM Skudai. Pada ma...
12/12/2025

ASAL USUL JOMTIKET™ – 20 TAHUN BERSAMA ANDA

Lebih 20 tahun lalu, perjalanan JOMTIKET™ bermula di bumi UTM Skudai. Pada masa itu, kami juga adalah pelajar universiti, memahami susah payah dan pahit getir untuk merantau pulang ke kampung. Dari situlah tercetusnya idea untuk membuka Kaunter Tiket Bas Ekspres pertama di dalam kampus UTM — sebuah usaha kecil dua sahabat yang ingin memudahkan rakan-rakan pelajar lain.

Dari hanya 1 operator bas ekspres, kini lebih 70 operator bas ekspres bersama kami. Langkah kami semakin kukuh dengan pembukaan cawangan di:

UMT (Kompleks Siswa)

UKM (Pusanika)

UNITEN

Hentian Kajang

Melaka Sentral

Namun, ketika pandemik COVID-19 melanda, operasi kami terjejas teruk. Sebahagian besar kaunter terpaksa ditutup, dan kini hanya satu kaunter fizikal kami beroperasi di Terminal Taman Universiti, Skudai. Dalam masa yang sama, landskap jualan tiket bas berubah sepenuhnya.

Dengan kelulusan pihak berkuasa dan operator bas, kami tampil dengan solusi lebih mudah —
👉 Pembelian Tiket Bas Ekspres Secara WhatsApp
tanpa caj tambahan seperti platform luar.

Walaupun terpaksa bersaing dengan website-website luar negara, kami tetap bertahan kerana kami mempunyai lebih 30,000 penumpang setia yang mengikuti kami sejak dua dekad lalu.

Hari ini, melalui kerjasama MyNIC Berhad dan Kementerian Digital, jenama JOMTIKET™ telah didaftarkan secara rasmi sebagai Harta Intelek dan tidak boleh digunakan oleh pihak lain.

Kami mohon sokongan anda semua.
Kakitangan kami terdiri daripada pelajar universiti yang bekerja sambilan untuk menampung pembelajaran mereka — sama seperti kami dua puluh tahun dahulu.

UNTUK PEMBELIAN TIKET BAS EKSPRES

📲 WhatsApp terus: wasap.my/60193818606/jomtiketretro

Kisah JOMTIKET™ – Dari Langkah Kecil ke Perjalanan BesarKami bermula secara humble pada tahun 2013 di UTM Skudai, Johor....
02/12/2025

Kisah JOMTIKET™ – Dari Langkah Kecil ke Perjalanan Besar

Kami bermula secara humble pada tahun 2013 di UTM Skudai, Johor.
Ketika itu, Co-Founder masih menuntut di UTM. Dari pemerhatian kami sendiri, para mahasiswa dan mahasiswi menghadapi kesukaran setiap kali ingin membeli tiket untuk pulang ke kampung. Tiada platform mudah, tiada kaunter dekat kampus — semuanya memerlukan masa, tenaga dan cabaran.

Melihat kesusahan itu, kami mengambil keputusan untuk membantu.
Servis kami ketika itu sangat manual: kami kumpulkan senarai pelajar yang ingin membeli tiket, kemudian setiap hujung minggu kami ke terminal untuk membelikan tiket mereka, dengan upah RM3 sahaja bagi setiap tiket.
Alhamdulillah, sambutan luar biasa. Dari situlah perjalanan kecil kami bermula.

Perjuangan Menjadi Agen Rasmi

Setelah permintaan semakin meningkat, kami berusaha menjadi Agen Rasmi syarikat-syarikat bas.
Namun… bukan mudah.
Industri ini ketika itu dimonopoli oleh “otai-otai” yang kurang senang dengan persaingan, apatah lagi bila kami hanya menyasarkan pasaran pelajar UTM.

Tetapi Tuhan Maha Besar.
Satu demi satu operator bas mula membuka ruang dan bekerjasama dengan kami.

Kaunter Fizikal Pertama – Diuruskan 100% Pelajar

Kami membuka kaunter fizikal pertama di Student Mall UTM JB.
Paling membanggakan, pekerja kami ketika itu adalah 100% pelajar UTM bekerja secara part-time. Dapatlah mereka menambah pendapatan untuk menampung kehidupan sebagai penuntut di bumi Johor.

Cabaran Terbesar – Terminal Taman Universiti

Pihak SPAD ketika itu menawarkan kami peluang untuk membuka kaunter rasmi di Terminal Taman Universiti.
Tiada operator lain yang mahu masuk — katanya lokasi jauh dari jalan utama, tak berbaloi, tak ada “market”.

Tapi kami sahut cabaran itu.

Kami buka kaunter di situ… walaupun bermula dari zero.
Satu persatu rundingan kami lakukan untuk menarik operator bas masuk ke Taman U.
Kami masih ingat — operator pertama yang berani mencuba ialah EAGLE COACH EXPRESS (yang kini sudah tidak beroperasi).

Perjuangan bukan mudah.
Banyak dugaan.
Tapi kami tak pernah putus asa.

Fasa Pengembangan

Sedikit demi sedikit, operasi kami berkembang:

-UMT

-UKM

-Hentian Kajang

-UNITEN

-Melaka Sentral

-MBKT

Kami pernah ada beberapa kaunter serentak, beroperasi setiap hari membantu pelanggan dari seluruh Malaysia.

COVID-19 – Titik U-Turn Terbesar

Apabila pandemik melanda, pembelian tiket berubah sepenuhnya daripada manual ke digital.
Untuk memastikan kelangsungan perniagaan, kami terpaksa membuat keputusan besar:
menutup semua kaunter fizikal kecuali Terminal Taman Universiti.

Kami menukar operasi kami kepada model sepenuhnya atas talian melalui WhatsApp — cepat, mudah dan terus sampai kepada pelanggan.

12 Tahun Kemudian… JOMTIKET Masih Teguh Berdiri

Hari ini, selepas 12 tahun, kami bersyukur memiliki lebih 8,000 pelanggan tetap yang menjadi tulang belakang perjalanan kami.

Jenama kami juga berkembang:

UBT (University Bus Ticket) → UNIBUS → kini JOMTIKET™

Nama JOMTIKET kini berdaftar di MyIPO, bermaksud penggunaannya untuk tujuan komersial adalah hak milik kami sepenuhnya.

Kami bangga menjadi 100% syarikat tempatan, bukan seperti platform-platform 3rd party luar negara.

Perkhidmatan Tambahan – Van Komuter Foton untuk Sewaan

Selain jualan tiket bas ekspres, kami kini turut menyediakan van komuter 13-seater (Foton) lengkap dengan pemandu bertauliah untuk perjalanan sekitar Semenanjung Malaysia.

Terima Kasih Dari Hati

Terima kasih kepada semua pelanggan yang setia bersama kami sejak 2013 sehingga hari ini.
Doakan agar kami terus dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan urusan perjalanan anda menjadi lebih mudah, selesa dan diyakini.

Ikhlas daripada Founder,
Noor Aiman Samsudin – JOMTIKET™

24/11/2025

Siapa siapa NGO yang memerlukan VAN untuk membawa sukarelawan boleh Whats App kami 0193818606 (En Aiman)

Jom balik KAMPUNG bersama JOMTIKET!JOMTIKET telah menjadi Rakan Niaga Bas Ekspres sejak lebih 20 tahun dan kini beropera...
23/11/2025

Jom balik KAMPUNG bersama JOMTIKET!
JOMTIKET telah menjadi Rakan Niaga Bas Ekspres sejak lebih 20 tahun dan kini beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

🚌 Beli tiket balik kampung dengan MUDAH — hanya melalui WhatsApp!
Klik sini ➡️ wasap.my/60193818606/jomtiketMY

Kenapa pilih JOMTIKET?
✔️ Proses pantas & mudah
✔️ Jenama yang dipercayai
✔️ Harga jimat — tiada caj tambahan seperti di website 3rd party
✔️ Yang paling penting: Tiada caj tambahan langsung!

📲 Kaedah Mudah:
WhatsApp ➜ Transfer QR ➜ Terima PDF Tiket

⏳ Dapatkan tiket anda sebelum terlambat!

⭐ Kelebihan Membeli Tiket Bas Ekspres Melalui WhatsApp Dengan Kami ⭐1- Tiada caj tambahan (admin charge) seperti yang di...
20/11/2025

⭐ Kelebihan Membeli Tiket Bas Ekspres Melalui WhatsApp Dengan Kami ⭐

1- Tiada caj tambahan (admin charge) seperti yang dikenakan oleh laman web pihak ketiga.

2- Tiket rasmi operator bas terus daripada sistem induk—bukan tiket pihak ketiga.

3- Harga konsesi tersedia untuk sesetengah laluan (Warga Emas, Kanak-kanak & OKU).

4- Urusan dan pembayaran terus ke akaun syarikat, lebih selamat dan telus.

5- Menyokong perniagaan tempatan, berbeza dengan platform 3rd party yang berpangkalan di luar negara.

6- Bantuan segera melalui WhatsApp, tanpa perlu menunggu berhari-hari atau berminggu untuk menerima jawapan.

Jadi apa tunggu lagi?
Terus beli tiket bas ekspres anda melalui kami!

Kami mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam Pengurusan Bas Ekspres di Malaysia.

Beli tiket secara terus:
wasap.my/60193818606/jomtiketmyfb

JOMTIKET™ merupakan jenama berdaftar di MyIPO
(TM2025025763) di bawah Kusbim Resources.

🚍✨ BELI TIKET BAS EKSPRES TERUS DENGAN JOMTIKET™ ✨🚍Kenapa pilih kami berbanding website luar? 👇1️⃣ Direct Sistem Induk –...
04/10/2025

🚍✨ BELI TIKET BAS EKSPRES TERUS DENGAN JOMTIKET™ ✨🚍

Kenapa pilih kami berbanding website luar? 👇

1️⃣ Direct Sistem Induk – Tiket terus dari syarikat bas, bukan 3rd party.
2️⃣ Tanpa Caj Tersembunyi – Jimat hingga RM5 setiap tiket (tiada admin fee).
3️⃣ 100% Warga Malaysia – Syarikat tempatan, bukan sistem luar negara (ada yang menyokong Israel 😡).
4️⃣ Mudah Berurusan – Chat dengan manusia sebenar, bukan robot.
5️⃣ Jaminan Refund Segera – Jika berlaku masalah teknikal/bencana, kami uruskan cepat tanpa tunggu 21 hari!

📲 Nak beli tiket?
➡️ WhatsApp kami 9am–10pm setiap hari (Jangan call ya)
➡️ Bayar ke Akaun Syarikat
➡️ Terus terima tiket PDF!

✅ Mudah.
✅ Cepat.
✅ Dipercayai sejak 2003.

*SOKONG PERNIAGAAN WARGA TEMPATAN DAN BUKAN LUAR NEGARA*

👉 Klik sini untuk beli: wasap.my/60193818606/jomtiketMy

Lets support the SDG movement for the better worldhttps://www.facebook.com/share/p/1a3wziG7Lv/
21/09/2025

Lets support the SDG movement for the better world

https://www.facebook.com/share/p/1a3wziG7Lv/

🌍 SDGbyAiman & SDG 17 Partnerships

At SDGbyAiman, we align strongly with SDG Goal 17: Partnerships for the Goals.
We believe that collaboration is the key to achieving sustainable impact.

🤝 Together with governments, industry players, NGOs, academia, and communities, we will continue to build partnerships and share knowledge to create solutions that matter.

💡 Our mission is clear: to work hand-in-hand with all stakeholders towards a better, greener, and more inclusive world for all.

Kami juga menjual tiket taman tema!
27/07/2025

Kami juga menjual tiket taman tema!

We are selling ThemePark Ticket

21-22 July 2025Perkhidmatan PengangkutanPelajar SMK (L) Methodist Kuala LumpurKejohanan Sepak TakrawTahniah adik adik se...
22/07/2025

21-22 July 2025

Perkhidmatan Pengangkutan
Pelajar SMK (L) Methodist Kuala Lumpur
Kejohanan Sepak Takraw

Tahniah adik adik sekalian!

Address

Amara Residence
Batu Caves
68100

Telephone

+60193818606

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when jomtiket.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to jomtiket.my:

Share