22/04/2026
https://www.facebook.com/share/p/1CuCFbyQRa/
📢 PEMAKLUMAN PENGALIHAN PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR HOSPITAL ENCHE’ BESAR HAJJAH KHALSOM KLUANG
Dimaklumkan bahawa bermula 27 April 2026 (Isnin), perkhidmatan rawatan bagi pesakit tanpa temujanji (walk-in) akan dialihkan ke:
🚑 Jabatan Kecemasan & Trauma
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom
🏥 Klinik Kesihatan / Klinik Komuniti berdekatan
Sehubungan itu, orang awam digalakkan untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi kes bukan kecemasan.
⚠️ Bagi kes kecemasan, pesakit boleh terus mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma HEBHK.
Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Sekian, terima kasih.