17/04/2021
Tolong saya π.
Saya hilang sumber pendapatan, sejak hujung Februari 2021.
Apabila kedua-dua belah mata saya tiba2 kabur dengan teruk.
Akibat, bengkak saraf mata.
Doktor masih cari penyebab, kenapa saraf mata boleh bengkak. Setakat ini, Doktor sahkan ianya Optic neuritis.
Doktor bahagian kencing manis kata bukan disebabkan kencing manis. Sebab bacaan gula ok, kemcing manis saya terkawal. Begitu juga komen dari Neurologi dan Doktor Pakar mata.
Bukan juga disebabkan penggunaan telefon.
Saya memerlukan pekerjaan.
Umur saya tahun ini, nak masuk 39thn.
Sebelum ini, saya seorang pemandu Teksi.
Akan tetapi, saya dah tak boleh bawa Teksi. Disebabkan, kedua belah mata saya kabur teruk, terutama nya mata kiri. Buntu juga ni.
Saya nak cari kerja.
Duit perlu dicari.
Nak bayar sewa rumah, bill elektrik, air, telefon, belanja dapur, belanja makan, belanja perjalanan.
Tapi appointment klinik saya banyak.
Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.
Kencing manis
Darah tinggi
Kolestrol
(tapi alhamdulillah, semua maaih terkawal)
Klinik Pakar, Hospital Kuala Lumpur.
Psikiatri (BiPolar type 1)
Klinikal psikologi (BiPolar type 1)
Neurologi (Saraf mata, Optic neuritis)
Klinik mata (Saraf mata, Optic
Sekarang ni..
Nak tengok nombor bas pun tak berapa nak nampak.
Nak kira duit pun terkial-kial.
Nak menulis pun tak boleh.
Ni nak type dekat phone pun kena screenshot, zoom in, zoom out dan guna font paling besar, itu pun kalau lama2 sakit mata. Nak baca msg kena screenshot dulu, kemudian zoom.
Saraf mata bengkak. Kena makan 7biji steroid setiap hari untuk elak dari buta. Fungsi steroid untuk surut bengkak.
Dah buat MRI, Ct scan, ambil air tulang sum2, scan tulang, buat lab test darah dekat lab swasta.
Masuk wad mata 12 hari. Penglihatan saya maaih sangat kabur, di kedua-dua belah mata.
Saya tinggal berdua bersama Mak yang berumur 74thn.
Mak ada,
Darah tinggi
Kencing manis
Kolestrol
Tulang rapuh.
Kami menyewa di Taman Bunga Raya berdekatan Wangsa Maju.
Kalau ada kerja malam yang berdekatan, ok juga.
Tak ganggu appointment klinik.
Jika ada.
Boleh hubungi saya +60123960821 Eddie. π