Ambulans Medik Murni

Ambulans Medik Murni Menyediakan perkhidmatan ambulans

17/11/2025

Ramai anggap rasa mengantuk lepas makan itu biasa.
Kenyang jadi punca. Perut penuh buat badan lesu. Ini yang kita selalu dengar.
Tapi hakikatnya, mengantuk teruk setiap kali makan bukan petanda yang sihat.

Bila anda makan, gula darah naik. Itu normal. Tetapi jika setiap kali makan anda rasa kepala berat, mata kabur, jantung laju sedikit atau perlu baring sekejap, itu tanda gula naik terlalu tinggi dan turun terlalu cepat. Tubuh bekerja keras untuk stabilkan gula yang melambung selepas makanan berat. Inilah puncanya mengantuk melampau.

Ramai tidak sedar ia sebenarnya antara tanda awal masalah metabolik.
Ia boleh menunjukkan sensitiviti insulin semakin lemah.
Tubuh terpaksa keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal gula naik mendadak, dan akhirnya menyebabkan “sugar crash”. Rasa ini datang dalam bentuk mengantuk teruk, lenguh, letih dan brain fog.

Jika keadaan ini berlaku berulang ulang, itu bukannya “alah makanan”, tetapi amaran.
Mengantuk selepas makan adalah antara gejala diam yang selalu muncul sebelum prediabetes dikesan. Tambah p**a dengan gaya hidup kita yang banyak duduk, makanan tinggi gula, dan minuman manis yang sudah menjadi norma.

Tubuh tidak sepatutnya merayu untuk tidur setiap kali selesai makan.
Tubuh sepatutnya rasa bertenaga kerana mendapat sumber baru, bukan jatuh tersungkur kerana gula tidak stabil.

Jika anda sering mengalami situasi ini, cuba perhatikan apa yang anda makan. Kurangkan minuman manis, perlahankan karbohidrat ringkas, dan tambah serat serta protein. Pergerakan ringan sepuluh minit selepas makan juga boleh mengelakkan spike yang tinggi.

Mengantuk selepas makan bukan masalah kecil. Ia adalah signal paling awal bahawa badan anda sedang meminta tolong.

Sedikit perubahan, besar kesannya.

Perlukan ambulans?Ambulans Medik Murni kan ada...Perkhidmatan yang disediakan:- Admit/Discharge Hospital- Temujanji Klin...
11/11/2025

Perlukan ambulans?
Ambulans Medik Murni kan ada...

Perkhidmatan yang disediakan:
- Admit/Discharge Hospital
- Temujanji Klinik/Scan (X-ray/Ultrasound/CT/MRI)
- Temujanji Fisioterapi/Rehabilitasi
- Temujanji Dialisis

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh
Hubungi atau WhatsApp kami :

http://www.wasap.my/+601120690916




31/07/2025

Seorang lelaki berusia 40-an mendapatkan rawatan fasdhu di bahagian kaki untuk merawat tekanan darah tinggi. Beberapa hari kemudian, beliau mengalami demam, sakit bengkak dan nanah di kawasan luka.

Pemeriksaan mendapati beliau mengalami jangkitan bakteria Staphylococcus aureus, dan terpaksa dirawat dengan antibiotik IV serta menjalani prosedur pembedahan kecil untuk membuang nanah.

Luka kecil, tetapi akibatnya besar.
Dan semuanya berpunca dari prosedur yang tidak perlu dilakukan pun dari awal.

Fasdhu, iaitu pembuangan darah secara langsung dari salur darah vena, kini dipromosikan sebagai kononnya kaedah untuk “buang darah kotor”, kolesterol, toksin dan tekanan darah.

Apa Yang Sebenarnya Dibuang?

Ramai percaya darah yang keluar ketika fasdhu adalah “darah lama” atau “darah toksik”. Tetapi secara fisiologi, tiada istilah ‘darah basi’ dalam tubuh.

📌 Darah sentiasa diperbaharui: Setiap saat, tubuh anda hasilkan kira-kira 2 juta sel darah merah baru.

📌 “Darah gelap” yang keluar semasa fasdhu hanyalah darah kapilari yang rendah oksigen, bukan darah toksik. Ia kelihatan gelap kerana terdedah kepada udara dan mudah bergumpal bukan kerana ia ‘kotor’.

🟢 Bekam Masih Relevan Jika Dilakukan Dengan Berhati-Hati

Rawatan bekam, jika dilakukan oleh pengamal bertauliah, dengan teknik dan kebersihan yang betul, masih boleh menjadi rawatan sokongan untuk melegakan simptom seperti sakit kepala dan otot.

❌ Tetapi fasdhu, iaitu prosedur mengeluarkan darah tanpa indiakasi tiada manfaat kesihatan, hanya berusur penipuan & berpotensi membahayakan nyawa.

🔴 Kesimp**an

Jangan biarkan mitos mengatasi ilmu.
Tubuh anda cukup sempurna. Ia tidak perlukan luka untuk sihat. Jika mahu bantu orang lain, derma darah, bukan buang darah.

01/07/2025

Dulu, masa orang cakap “kalau tak pandai akademik, susah nak berjaya”…
kita percaya.
Kita takut kalau anak tak ke universiti, masa depan dia gelap.

Tapi sekarang, kita dah lihat sendiri ramai anak muda bangkit dengan skil di tangan

Mereka semua bukan ‘bernasib baik’.
Mereka konsisten belajar, buat, jatuh, bangun, dan buat lagi.

Akademik itu satu jalan. Tapi bukan satu-satunya.Skil juga boleh jadi tiket hidup kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Yang penting, kita jangan padamkan harapan dia…sebab masa depan bukan milik siapa yang cepat pandai tapi milik siapa yang tak berhenti belajar.

Jadi… apa peranan kita sebagai ibu bapa?

Bukan paksa anak ikut jalan kita.
Tapi jadi orang pertama yang kenal dia, faham dia, dan percayakan dia.

27/05/2025

Dr. Alaa Al-Najjar, seorang pakar kanak kanak di Hospital Nasser, tidak pernah menyangka ketika menyelamatkan nyawa anak-anak pesakit, dirinya akan kehilangan hampir semua zuriat

Bukan kerana penyakit. Bukan kerana bencana alam.Tapi kerana ledakan yang jatuh ke atas rumah mereka sengaja disasarkan. Bersama api dan runtuhan, terbakar sekali seluruh hidupnya.

Kata saksi, dia rebah tak bersuara.
Bagaimana harus dijelaskan bahawa 9 dari 10 anaknya telah pergi?

Bagaimana harus diterangkan bahawa dunia sedang menyaksikan ini dan memilih untuk diam?

Ini bukan sekadar berita.

Jangan Pernah Lupa. Jangan Pernah Diam.
Ini adalah jeritan seorang ibu yang kehilangan seluruh dunia dalam satu malam.

25/05/2025
25/05/2025

Rumah dah ada CCTV?

Kalau belum, ini masa yang sesuai untuk pertimbangkan. Harga sudah tak mahal bawah RM100 pun ada.

Sekarang dah tak perlu wiring kompleks atau upah pakar elektrik. CCTV moden lebih mudah pasang, boleh dipantau terus dari telefon, dan yang paling penting ia bukan lagi sekadar alat keselamatan.

CCTV di rumah bantu kita:
• Pantau anak kecil, warga emas, dan si bulus kesayangan
• Rekod aktiviti harian & elak fitnah
• Pantau pekerja, majikan, dan penghantaran
• Sediakan bukti jika berlaku kemalangan atau kehilangan

Ia bukan tentang takut, tapi tentang peka dan bersedia.

Zaman sekarang, mata kedua di rumah sangat penting untuk ketenangan jiwa, walaupun kita jauh dari rumah.

24/04/2025

Tangan rasa kebas? Jangan diam.

Kadang kita rasa,

“Alah… biasa je ni. Nanti hilang sendiri.”
Tapi kalau kebas tu datang berulang, makin kerap, makin kuat
itu mungkin petanda ada sesuatu yang tak kena.

Ada orang kebas sebab saraf terhimpit.
Ada yang tak tahu dia ada diabetes.
Ada juga yang cuma fikir stres, padahal rupanya slip disc.

Tubuh kita tak pernah menipu. Bila ada isyarat, dengar.
Lebih awal kita tahu puncanya, lebih mudah untuk rawat.

Apa yang boleh kita buat?
• Catat bila kebas berlaku dan berapa lama
• Periksa tahap gula dalam darah
• Jumpa doktor jika kebas makin teruk atau menjejaskan pergerakan
• Jaga postur semasa kerja dan rehatkan tangan dari beban berulang
• Jangan abaikan kesihatan mental, stres juga beri kesan pada saraf



Address

Pontian
82000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ambulans Medik Murni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share