25/04/2022
Apa punya kebabian ini
Bukannya seekor dua, bukannya kecil kecil… tetapi 19 ladang dengan kapasiti mencecah 2 ribu ekor telah lesap dari pemerhatian
Pada 8 April lalu, JPVNS mengesan beberapa babi dari sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, dijangkiti Demam Babi Afrika dan susulan itu pihak berkuasa mengambil tindakan melupuskan kesemua 275 ekor ternakan terbabit
Pemantauan terhadap 19 ladang berkenaan mendapati TIADA lagi babi di situ, disyaki dibawa keluar ke tempat lain. Kira-kira 2,000 babi di 19 ladang di Port Dickson LESAP tanpa diketahui dimana mereka berada.
Orang ramai diingatkan berhati-hati, elakkan membeli daging babi berharga rendah. Sila laporkan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang maklumat.