Cuti Malaysia

Cuti Malaysia Malaysia most awesome transport service.Service includes sight seeing, hotel transfer, airport transfer, tour of Malaysia tourism places.

Untuk pengetahuan kita semua.
30/10/2021

Untuk pengetahuan kita semua.

Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Korang tahu tak, hampir mustahil untuk korang bukak pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?

Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.

Bila dalam keadaan cemas macamni, instinct pertama korang mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!

Bila kereta korang tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan korang takkan boleh bukak pintu kereta.

Air masuk = pressure in
Buka pintu = pressure out

Andai kata korang gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang
2. Percahkan cermin pintu kereta
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta

"Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?"
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.

"Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!"
Sekiranya korang tak ada glass breaker, korang boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.

Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?

Sebab kalau korang tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan korang dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.

Sama juga kalau korang nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar kau baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.

Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Korang kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni p**a, sekali pecah hancur berderai.

Kredit: carputapp

Mungkin ada dikalangan anda masih tidak tahu prosedur menukar warna kenderaan. Di sini admin kongsikan bagaimana cara un...
05/04/2021

Mungkin ada dikalangan anda masih tidak tahu prosedur menukar warna kenderaan. Di sini admin kongsikan bagaimana cara untuk berurusan di JPJ.

PANDUAN TUKAR CAT/WARNA KENDERAAN.

1. Cat dahulu kenderaan.
2. Apabila siap di cat, hadir ke Pejabat JPJ.
3. Jika melebihi dari 1 warna, warna yang paling banyak @ dominan di anggap warna kenderaan .
4. Isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serah pada Pegawai bertugas.
5. Pegawai bertugas akan mengemaskini dalam sistem MySikap
6. Tiada bayaran dikenakan.

Merujuk Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1. Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan.

Jom
03/03/2021

Jom

Ramai yang masih gagal memahami.
14/01/2021

Ramai yang masih gagal memahami.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuti Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share