Joran LentuR

Joran LentuR Menyediakan perkhidmatan Transport Moto
Pindah barang, bawa barang online dan sebangainya

17/11/2016

Assalamaualaikum warga joran lentur.. semua sihat ka...

Ada yg turun ka hari nie...

Boleh kongsi pic hasil anda di rumang komen....

Jenis ikan yang selalu di pancing di sekitar karang2,p**au2,di sekitar bawah tiang jembatan dan di tepian tembok batu bu...
02/09/2016

Jenis ikan yang selalu di pancing di sekitar karang2,p**au2,di sekitar bawah tiang jembatan dan di tepian tembok batu buatan..

31/08/2016

Ada bermacam jenis umpan yang boleh kita gunakan kalau nak memancing di pantai, laut atau muara. Tapi mungkin ramai tak tahu nak guna umpan apa untuk target ikan sasaran tertentu. Jadi, untuk entri kali ni kita share p**a antara 20 umpan memancing di laut yang boleh digunakan untuk memburu spesies tertentu yang jadi idaman korang.

Yang no.20 tu mesti jadi yang paling dibenci kaki pancing tapi mungkin ada yang tak tau ia juga boleh digunakan sebagai umpan.:)

Moga bermanfaat buat kaki pancing semua.



Trip lewat petang 20.8.16 lokasi p**au gedong dan jpp2
20/08/2016

Trip lewat petang 20.8.16 lokasi p**au gedong dan jpp2

New dgsin joranlentur logo
18/08/2016

New dgsin joranlentur logo

17/08/2016
17/08/2016

TEKNIK MENUNDA TENGGIRI
Potensi

Kaedah menunda boleh menjadi satu kaedah pancingan yang berpotensi. Ia amat efektif sekiranya dilakukan secara bersungguh-sungguh. Menunda boleh dilakukan sebagai satu alternatif baru bagi mereka yang sudah jemu dengan teknik-teknik pancingan biasa dan mahu mencuba sesuatu yang lebih menyeronokkan dan mencabar.

Kesesuaian Masa:

Pemilihan tarikh trip, yang menentukan keadaan air sama ada jernih atau keruh adalah penyebab utama kepada kejayaan mahupun kegagalan kaedah ini. Biasanya tenggiri lebih mudah dipancing ketika keadaan air laut agak tenang dan jernih dan sebaliknya jika berarus kuat serta keruh, kemungkinan besar hasilnya adalah kurang. Bagaimanapun, terdapat juga kes keadaan air yang terlalu jernih boleh menyebabkan kekecewaan. Oleh itu, pemilihan tarikh atau keadaan air menjadi satu syarat yang paling penting untuk kejayaan trip menunda gewang.

Bagi mengenalpasti tarikh yang sesuai kita perlulah sering merujuk kepada jadual pasang surut. Biasanya jadual pasang surut dapat menunjukkan kepada kita keadaan arus dan perubahan paras air laut. Arus yang kuat atau perubahan pasang surut yang tinggi selalunya membawa kepada keadaan air yang tidak begitu jernih. Oleh itu, selalunya ramai memilih untuk turun ke laut pada waktu air ‘cantik’ sahaja, misalnya pada 21 hingga 23 haribulan mengikut kalendar Islam. Cara yang terbaik ialah bertanya kepada tekong sendiri tentang tarikh manakah yang sesuai.

Image
Selain itu, masa yang baik juga boleh ditentukan dengan bertanya dari masa ke semasa kepada tekong tentang hasil yang diperolehi oleh kaki-kaki pancing lain dalam trip-trip yang dibuat sebelumnya. Ini kerana tenggiri adalah spesis bermusim dan selalunya apabila ia mula masuk ke satu-satu lubuk, kadangkala kita hanya mempunyai jangka masa seminggu atau dua minggu sahaja untuk bertembung dengan kump**annya sebelum ia mula berpindah ke lubuk-lubuk yang lain.

Alatan dan Teknik:

Alatan seperti kekili, joran, pemegang joran, tali utama, perambut dawai dan mata kail yang sesuai perlulah disediakan untuk kaedah ini. Kekili yang terbaik adalah yang mempunyai dua kelajuan kerana tenggiri terkenal dengan daya pecutannya dan kita memerlukan kekili berkelajuan tinggi untuk menyesuaikan dengan taktik tenggiri. Namun apa yang paling penting dalam menjayakan kaedah menunda ialah pemilihan gewang.

(i) Jenis-jenis gewang

Gewang yang disyorkan untuk kaedah menunda ialah dari jenis Halco dan Rapala. Kedua-dua jenis gewang ini memang sudah terbukti kemampuannya. Ia mempunyai kelebihan yang terserlah dari segi kemampuan membuat selaman yang lebih dalam dan seimbang, tarikan bunyi yang tersedia dan silauan badannya yang amat menarik. Namun tidak kesemua jenis, warna, saiz dan kedalaman gewang sesuai untuk kaedah tundaan.

(ii) Saiz gewang

Saiz Halco dan Rapala yang selalu menarik perhatian tenggiri ialah yang sederhana besar, iaitu Rapala kepala merah saiz Cd11-Cd14 manakala Halco p**a jenis Sorcerer 125-150. Kami pernah beberapa kali menunda dengan gewang yang lebih besar, misalnya Rapala kepala merah CD18 dan Halco Laser Pro 190 tetapi yang lebih berminat dengan gewang tersebut ialah alu-alu dan tenok. Oleh itu, kami jarang menggunakan gewang bersaiz besar melainkan jika berhasrat untuk memikat alu-alu atau tenok. Di kawasan-kawasan kita ditemukan dengan tenok, kump**an tenggiri sudah tidak berani lagi berligar-ligar di sekitar lubuk yang dipenuhi spesis yang bermulut luas itu.

(iii) Kedalaman dan Warna Gewang

Soal kedalaman gewang juga memainkan peranan penting. Kedalaman berbeza dapat memastikan kita menjangkaui aras pemangsa berada di laut. Kedalaman yang disyorkan bagi Halco Sorcerer ialah 4 meter ke atas bergantung kepada kedalaman lokasi. Jika kita menunda di lubuk kapal karam yang dalam, saiz 5-8 meter disyorkan tetapi bagi kawasan p**au yang berair cetek memadailah dengan selaman 4-5 meter sahaja. Selaman 8 meter kadangkala sangat efektif tetapi susah dikendalikan dan sering tersangkut atau terlompat-lompat di permukaan jika kita tidak biasa menggunakannya.

Dari segi warna, beberapa keutamaan perlu dipertimbangkan. Hasil eksperimen kami menunjukkan gewang berkepala merah terutamanya dari jenis Rapala memang terbukti amat efektif. Beberapa kali dalam trip kami gewang Halco yang berwarna keemasan putus dilarikan oleh spesis tenggiri yang besar. Halco yang berwarna hitam berkepala merah p**a boleh dijadikan sandaran terbaik sekiranya kita menunda ketika cuaca redup.

(iv) Perambut

Untuk mengelakkan perambut diputuskan gigi tenggiri yang tajam, perambut jenis dawai digunakan. Adalah penting untuk memahami lagi halus cara ia diikat pada gewang, lagi besar kemungkinan kita mendapat tarikan ikan. Oleh itu penggunaan sebarang jenis cili tidak digalakkan. Sebaliknya disarankan agar ikatan terus dibuat ke bibir gewang dengan perambut dawai yang halus dan tidak begitu panjang. Kekuatan perambut yang digunakan hendaklah sekitar 40-50 paun sahaja.

Andaian yang diberikan oleh tekong ialah lebih lebih halus dan pendek dawai yang digunakan, lebih dalam gewang akan menyelam dan lebih cepat mendapat sambaran sang tenggiri. Pemakaian jenis atau jenama dawai tertentu sebenarnya tak begitu penting. Perambut dawai yang murah misalnya dari jenis nylon coated wire berjenama Seahawk atau Tomman sudah memadai malah boleh dianggap lebih sesuai kerana ikatannya yang lebih kemas pada bibir gewang.

Lokasi:

Lokasi juga menentukan kejayaan trip menunda. Lokasi utama kaedah menunda ialah di lubuk-lubuk yang sudah terkenal dengan kehadiran spesis tenggirinya sepanjang tahun atau pada musim-musim tertentu. Di utara, selain lubuk-lubuk seperti tuas dan kapal karam yang menjadi tumpuan tenggiri, kaedah menunda juga amat sesuai di kawasan-kawasan p**au-p**au atau yang mempunyai karang luas, misalnya kawasan berhampiran dengan Pulau payar atau Pulau Langkawi. Tumpuan trip-trip kami sehingga kini ialah ‘segitiga lubuk hantu’ yang mencakupi kawasan Karang Batek, Pulau Payar dan Pulau Langkawi. Menunda di segitiga ini memberikan hasil yang sangat berbaloi. Tetapi anda diingatkan juga agar menunda jauh di kawasan dari taman laut agar tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

(credit goes to UTARAANGLERS)

17/08/2016

Cara-cara Mengatasi, Merawat dan Petua Mabuk Laut

Cara-cara Mengatasi
1 - Sebelum Menyertai Sesuatu Trip Memancing, Pastikan Diri Anda Mendapat Tidur Yang Cukup (Minimum 5 Jam)

2 - Jangan Lupa Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.

3 - Ubat-ubatan Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.

4 - Semasa Di Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.

5 - Cuba Hindari Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.

6 - Bawalah Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu Mengeluarkan Angin Dari Badan.

7 - Satu Lagi Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.

8 - Jika Tekak Sudah Mula Merasa Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan Badan Anda Lebih Berasa Selesa.

9 - Apabila Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.

Cara-cara Memberi Pertolongan Kepada Mangsa Mabuk

Biasanya Kita Kurang Berminat Untuk Memberikan Pertolongan Kepada Rakan Yang Mabuk, Ianya Kerana Kita Bimbang Yang Kita Akan Turut Mabuk Apabila Membantu Mereka. Sepatutnya Menjadi Tanggungjawab Kita Memberikan Bantuan Kepada Mereka Yang Berada Dalam Situasi Itu. Sekurang-kurangnya Memicit Bahagian Tengkuknya Agar Muntahnya Dapat Keluar Dengan Lebih Lancar Dan Cepat Merasa Lega. Rakan Yang Mabuk Sudah Tentu Tidak Berdaya Untuk Bangun Atau Bergerak, Jadi Di Sini Ada Beberapa Cara Yang Boleh Membantu:-

1 - Mula-mula Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.

2 - Mangsa Perlu Diberi Minum Air Masak/ Mineral Dengan Banyak Agar Dapat Melegakan Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah. Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.

3 - Dengan Cara Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan Yang Perlu Dilakukan

4 - Rakan Yang Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.

5 - Langkah Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat , Pastika Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan Lebih Memudaratkan.

6 - Usahakan Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, Insyaallah Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan Aktiviti Memancing.

Petua yang boleh diamalkan

( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)



1 - Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

2 - Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

3 - Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

3 - OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

4 - Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

5 - Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

6 - Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

7 - Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

8 - Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA

Trip bawah jembatan kedua p.pinang 7.8.2016
12/08/2016

Trip bawah jembatan kedua p.pinang 7.8.2016

Address

Bayan Lepas
11010

Telephone

+60149037084

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Joran LentuR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Joran LentuR:

Share